aku tengok cerita ni dengan botak dan sedek tadi. takde benda nak layan, so since aku dah nak gi UK, baik aku tengok cerita melayu, although botak bercadang nak tunggu hari raya aje. cilakak betul!
aku suka approach BADE dalam the first movie, KL menjerit, jadi aku sebenarnya terasa teruja jugak nak tengok prequel kepada movie tu. pada dasarnya, filem ni ok jugak. plot dia takde laa tipikal sangat macam cerita melayu, tapi banyak jugak kelemahannya.
AWAS SPOILER!
secara asasnya, cerita ni mengisahkan macamana shahrul (rosyam nor) first datang ke KL, dan macamana dia boleh terjebak dalam "sukan" lumba motor haram ni. filem ni diceritakan mostly dari perspektif Ku (que - pelakon yg aku tak kenal sangat), seorang mat rempit yg bekerja di kilang printing berita harian/metro. dari awal cerita dia mengajak shahrul yg tinggal di kampung utk ikut bersama2nya tinggal dan bekerja di KL.
ku berkenalan dengan katijah, sorang student medik di salah sebuah universiti di KL. ada banyak cerita tersembunyi di sebalik katijah, dan filem ini mengupasnya sedikit demi sedikit, dan menonjolkan bagaimana ku, shahrul dan nina (erra fazira) deal dengan cerita tersembunyi katijah itu.
filem ini bermula dengan lembab, penuh dengan monolog. ditambah dengan visual yang tidak membantu langsung pemahaman monolog. ia bagaikan menonton filem A, tapi mendengar filem B. even dialog2 selepas itu juga dilafaskan dengan lembab, dragging macam nak gila sampai aku tertanya2 ke mana BADE nak bawak cerita ni.
sampai di pertengahan cerita, kita disajikan dengan misteri katijah, kenapa dia tiba2 mahu berkenalan dengan ku, dan masalahnya dalam pelajaran. pada masa ini, aku tertanya2. apahal cerita ni? bila rosyam nor nak masuk? apa signifikan dua watak utama ni dengan race motor?
sehingga lebih separuh dari cerita ni, barulah kita tahu motivasi katijah, apa yg menyebabkan bergelumang dengan kekusutan dalam pembelajarannya, dan apa yg menghantuinya hingga agak sukar untuk menjalin hubungan dengan ku. tetapi pada masa ini, banyak lagi persoalan yg belum terjawab. siapa nina? apa hubungannya dengan shahrul? ARGH!
slow!
cerita ni suggest bahawa ada banyak sub-plot, tapi sebenarnya agak straightforward. cuma ia diceritakan secara non-linear. mungkin ini percubaan pertama BADE menggunakan teknik non-linear story telling, tetapi the editing was shit! memang teruk laaa editingnya. susah nak catch up samada scene yg kita tonton itu flashback, present day, atau mimpi/imaginasi. suddenly u’ll be like… laaaa… ingatkan dah mati… cheh!
kesinambungan cerita ni dengan kl menjerit adalah simple aje. it’s just shahrul, the main character, dan sedikit sebanyak kehidupannya dalam lumba haram kat KL. itu je. apek dan danny x-factor reprises their role dalam kl menjerit, dan sedikit sebanyak menambahkan spice dalam cerita ini.
overall, cerita ni kira ok jugak laa. ending dia pun proper jugak, especially since the ending ties in every major plot yg ada dalam cerita ni.
walaupun kita telah disogok dengan ending cerita pada awal filem (kerana penggunaan penceritaan non-linear), seluruh cerita ini builds up the reasons of why the ending is like that. for a malay movie, it’s a pretty nice touch. reminds me alot of sepet, dan aku rasa BADE cuba keluar dari kepompong tipikal filem melayu, cuma rasanya belum cukup lagi, terutamanya dari segi editing dan language visual.
ok laaa. quite enjoyable, if u can stand the first 45 minutes. aku still prefer kl menjerit dari kl menJERIT 1. but i have to stress, the target audience does not include ME!
2.5/5